" Kembali Kepada Al-Quran dan Al-Sunnah"

AL IKHWAH ENTERPRISE
52 Jalan Suria 2
Bandar Seri Alam
Masai, Johor 81750

ph: 07252 1069 / 61
fax: 07252 6089
alt: 019 7117 632

Pengenalan - Diabetes

 

Masa kini, gaya hidup dan pola makanan  masyarakat sudah banyak berubah.  Kuantiti makanan yang diambil melebihi daripada keperluan dan masa untuk bersenam hampir tiada.

Bebanan kerja, tekanan hidup dan pengambilan ubat-ubatan melebihi dos dan sembarangan, menyebabkan berlaku  pemendapan toksin di dalam  badan.

Akibatnya dalam tempoh tertentu, badan mengalami kegemukan dan sistem penghadaman menjadi kurang lancar. Ini akan memberi kesan  sampingan dan boleh menganggu kelancaran fungsi organ-organ di dalam badan.

Akhirnya timbul komplikasi penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, serangan jantung, tekanan darah tinggi, kerosakan hati, buah pinggang dan lain-lain.

Tahap-Tahap Diabetes 

DIABETES MELLITUS Type I

Type I sering terjadi semasa terkena penyakit campak sewaktu kecil.  Berlaku infeksi dan kerosakan pada sel-sel pankreas.

Menyebabkan pankreas tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menghasilkan hormon INSULIN. 

Type I juga terjadi dikalangan kanak-kanak yang mengalami kegemukan. Ini disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang. Kerap mengambil makanan manis dari gula kimia dan makan nasi dalam kuantiti yang banyak. 

Pankreas kanak-kanak tersebut akan mengeluarkan hormon INSULIN melampaui batas kemampuan umur. Pada ketika itu Pankreas masih belum membesar dengan sempurna dan masih muda, maka sudah dipaksa untuk bekerja. Ini akan menimbulkan kesan LACTIC Acidosis, Diabetic Ketoacidosis.

Untuk menormalkan kadar gula suntikan insulin harus diberikan. Ini disebabkan  ubat doktor dan diet makanan tidak mampu lagi untuk menormalkan kadar gula darah dalam darah.

Biasanya seumur hidup harus bergantung dengan suntikan INSULIN.

 

DIABETES MELLITUS Type II

Type II biasanya kebanyakan pesakit berumur 50 tahun ke atas, badan terlalu gemuk dan mengalami tekanan hidup (stress).

Funsi sel – sel  Pankreas untuk  menghasilkan INSULIN tidak sempurna.

Untuk menormalkan gula darah, biasanya pesakit akan mengambil ubat, diet makanan dan banyak bersenam. 

 

DIABETES MELLITUS Type III

Dari Diabetes Millitus type II, badan semakin lama semakin kurus. Ubat doktor sudah dipatuhi, namun gula darah tetap tinggi. Maka suntikan Insulin terpaksa diambil untuk membantu menurunkan kadar gula darah.

Tahap ini juga disebut LaDa Diabetes Millitus .

Dari type II diabetes terdapat 5 – 30 % LaDa diabetes Milltus.

 

 "Setiap Penyakit Ada Ubatnya  Kecuali Mati"

Copyright AlIkhwah Enterprise 2007. All rights reserved.

 

 

 

 

 

AL IKHWAH ENTERPRISE
52 Jalan Suria 2
Bandar Seri Alam
Masai, Johor 81750

ph: 07252 1069 / 61
fax: 07252 6089
alt: 019 7117 632